Solusi

Belakang Kedai

Walaupun pelanggan anda mungkin tidak nampak proses di belakang tabir, ia masih mempengaruhi pengalaman mereka. Pastikan staf dapur dan pemproses boleh melaksanakan tugas mereka sebaiknya supaya pelanggan anda boleh nikmati makanan yang lazat secepat mungkin.

Back of House
Back of House

Produk Belakang Kedai

Manfaat

Komunikasi jelas di antara Hadapan Kedai dan Belakang Kedai

Terdapat lebih banyak persamaan daripada perbezaan di antara Hadapan Kedai dan Belakang Kedai. Tanpa komunikasi yang baik, restoran akan bermasalah dan staf akan mula melakukan kesilapan. Bila anda digitalkan operasi restoran, pesanan boleh diterima dan terus dihantar ke dapur, stesen dapur yang betul dan ditanda bila siap oleh staf Belakang Kedai. Kini, setiap pesanan boleh disiapkan tanpa sebarang kesilapan, meningkatkan produktiviti.

Accurate Communication Between Front & Back of House

Pengurusan Pesanan yang Jelas untuk Staf Dapur

Dengan pelbagai mod paparan seperti masa menunggu, kategori, meja, atau urutan kronologi, staf dapur anda boleh kawal pesanan yang masuk, termasuk ketika sibuk! Menggunakan butiran yang jelas dan terperinci bagi setiap pesanan, dan juga berapa lama sebuah meja sudah menunggu, anda dapat pastikan bahawa makanan akan disediakan dengan cepat dan tepat oleh staf Belakang Kedai supaya pelanggan anda tidak perlu menunggu lama.

Clear Order Management for Kitchen Staff

Pilih untuk Tidak Menggunakan Kertas di Dapur

Melestarikan bisnes kini semakin bermakna! Berikan staf dapur fleksibiliti untuk lihat cara pesanan masuk ke Sistem Paparan Dapur. Mereka boleh melihat status masa dengan kod warna, maklumat tentang hidangan, permintaan khas, dan lebih lagi dalam satu tempat untuk sistem yang teratur. Pendekatan ini juga meminimumkan penggunaan!

Opt to Go Paperless in the Kitchen

Organisasi Percetakan yang Sempurna

Mengenai pencetak, anda diberi kebebasan untuk pilih pencetak termal, dot-matrix dan pencetak label. Jika restoran anda lebih suka menggunakan tiket, berikan kebebasan kepada staf untuk memilih rupa tiket dan stesen dapur untuk setiap tiket harus dihantar. Anda juga boleh tetapkan format tiket, warna tona, margin dan banyak lagi. Dengan pelbagai pilihan untuk disesuaikan, label dan tiket dapur boleh dicetak sempurna!

Organize Your Printing to Perfection

Solusi Lengkap Belakang Dapur

Cara Sebenar Memproses Pesanan

Paparan Proses
Modul Tambahan

Setelah dapur menyiapkan pesanan, berikan pemproses dan tukang bungkus akses ke sistem pengurusan pesanan dengan butiran item yang jelas untuk pastikan setiap pesanan betul. Anda juga boleh simpan data berharga untuk setiap pesanan, dan bila ia dihantar keluar.

Order Packing Done Right

Atur Operasi Dapur Anda

Sistem Paparan Dapur
Modul Tambahan

Pastikan setiap pesanan diterima secara automatik dan lancar apabila semua modul Belakang Kedai anda berfungsi dengan baik. Apabila semua pesanan dikumpul di satu tempat, staf dapur boleh mengurangkan kesilapan dan menghidang makanan dengan lebih pantas tanpa sebarang tiket dapur yang memeningkan. Anda juga boleh simpan data terperinci jumlah masa untuk siapkan pesanan dan kenalpasti isu-isu yang melewatkan dan mengeluarkan item yang mengambil masa terlalu lama.

Inventory
Inventory
Pengurusan Inventory Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Anda tidak akan kehabisan bahan dan pastikan dapur anda boleh sediakan segala yang ada di menu anda. Elak dari mengecewakan pelanggan anda dan maklumkan pelanggan bahawa pilihan mereka tidak tersedia dengan integrasi pengurusan inventori pihak ketiga.

Robotics
Robotics
Dapur Robotik Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Jika anda berhasrat untuk moden dan automasikan operasi dapur anda ke peringkat seterusnya, kami boleh selesaikannya dengan integrasi solusi robotik.

Organize Your Kitchen Operations
Anda Tak Perlukan Semua Modul
Pilih apa yang anda perlukan untuk solusi tersendiri
/Puzzle

Ingin Mantapkan Operasi Belakang Kedai Anda Hari Ini?

free trial