Solusi

Pengalaman Operasi Tanpa Kertas

Menghapuskan penggunaan kertas adalah cara yang baik untuk pastikan restoran teratur sambil mengurangkan kos tidak penting. Kekalkan operasi yang lestari, bersih dan promosikan restoran anda sebagai bisnes yang mementingkan alam semula jadi.

Eats365 paperless solutions
Eats365 paperless solutions

Produk Pengalaman Operasi Tanpa Kertas

Manfaat

Organisasi Luar Biasa

Restoran anda seakan tidak terurus bila kertas bersepah, berterbangan, basah, terbakar, dan kotor. Menghapuskan kertas membuatkan operasi lebih teratur dan meningkatkan organisasi dan komunikasi restoran anda.

Exceptional Organization

Bangunkan Imej Jenama Lestari Melalui Automasi

Pelanggan menyukai jenama lestari! Tunjukkan betapa anda pentingkan persekitaran dengan mengurangkan penggunaan kertas dan tarik pelanggan yang mementingkan nilai ini di restoran yang mereka kunjungi. Tanpa kertas, anda secara tak langsung automasi proses berulang secara automatik, dan mempercepatkan banyak aspek bisnes anda.

Build a Green Brand Image through Automation

Masa untuk Jauhi Kesilapan yang Boleh Dielak

Kemungkinan berlakunya kesilapan bila anda perlu tulis dan menghantar kertas pesanan adalah tinggi. Cuba hantar semua maklumat pesanan penting secara digital kepada staf dan bahagian yang relevan untuk kurangkan kesilapan disamping kelebihan pertukaran pesanan secara tiba-tiba akan sync segera.

Time to Get Rid of Avoidable Errors

Data Bermanfaat untuk Anda dan Staf

Data yang dikongsi secara digital boleh dikemaskini secara langsung, menyediakan maklumat penting supaya staf kekal teratur. Contohnya, hanya di antara Sistem Paparan Dapur dan Paparan Proses, anda akan ada akses waktu penghantaran masa memasak individu, purata masa memasak pesanan, masa bungkus pesanan individu, purata masa pembungkusan pesanan dan banyak lagi. Jika anda atau staf perlu memeriksa lagi masa menyiapkan makanan atau ubah kesilapan pesanan, semua data disimpan secara awan untuk akses mudah berbanding kertas yang dibuang-buang.

Useful Data that Benefits You and Your Staff

Solusi Lengkap Pengalaman Operasi Tanpa Kertas

Pejabat Belakang Tanpa Kertas

POS
Modul POS Utama

Bukan sahaja POS Eats365 bersambung dengan modul relevan seperti Sistem Paparan Dapur untuk komunikasi tanpa kertas, ia juga membolehkan anda terima pesanan dari iPad, menawarkan pilihan untuk menghapuskan keperluan cetak tiket pesanan dan dapur.

Paperless Operation Experience - Back Office.png

Hadapan Kedai Tanpa Kertas

mPOS
Modul Tambahan

Staf anda kini boleh terima pesanan dari peranti mereka tanpa menulis apa-apa di kertas.

Menu Digital Dinamik
Modul Tambahan

Jangan buang masa, wang, dan kertas menggantikan menu besar di restoran anda setiap kali buat perubahan. Dengan platform digital, menu anda boleh ditukar, item boleh diubah, dan visual boleh dinaiktaraf tanpa mencetak yang baru.

PhotoMenu
Modul Tambahan

Jimat kos pencetakan dengan PhotoMenu, di mana pelanggan anda lihat menu terperinci yang boleh diedit pada bila-bila masa tanpa perlu mencetak yang baru.

Pagers
Pagers
Penggera Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Daripada berikan pelanggan tiket giliran, sambungkan pesanan mereka kepada penggera yang akan bergegar bila pesanan siap.

Paperless Operation Experience - Front of House

Belakang Kedai Tanpa Kertas

Sistem Paparan Dapur
Modul Tambahan

Biarkan staf dapur anda berinteraksi dengan paparan keseluruhan pesanan masuk yang teratur yang dikemas kini secara langsung.

Paparan Proses
Modul Tambahan

Setiap pesanan siap, biar pembungkus dan pemproses berinteraksi dengan antara muka yang jelas untuk lihat item setiap pesanan untuk elakkan keliruan.

Robotics
Robotics
Robot Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Tiada staf manusia di dapur? Anda tidak perlukan tiket kertas untuk proses pesanan.

Paperless Operation Experience - Back of House

Servis Layan Diri Tanpa Kertas

Imbas-Untuk-Pesan (BYOD)
Modul Tambahan

Pelanggan sendiri akan imbas Kod QR untuk akses menu dan pesan sendiri. Tidak kertas tambahan diperlukan!

Kiosk Layan Diri
Modul Tambahan

Beri pelanggan kebebasan untuk pesan sendiri dari kiosk digital dengan paparan intuitif semua makanan dan minuman. Tanpa menu kertas.

Pesanan Layan Diri Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Luaskan pesanan layan diri supaya pelanggan anda tidak perlu gunakan menu kertas dalam proses memesan makanan.

Paperless Operation Experience - Paperless Self-Service
Anda Tak Perlukan Semua Modul
Pilih apa yang anda perlukan untuk solusi tersendiri
/Puzzle

Ingin Mantapkan Pengalaman Operasi Tanpa Kertas Anda Anda Hari Ini?

free trial