Solusi

Hadapan Kedai

Makan lazat lebih nikmat bila khidmat pelanggan terbaik. Berikan pengalaman yang sukar dilupakan dengan menawarkan servis yang mudah, modern dan mesra yang mereka akan rindui!

Eats365-front of house solution
Eats365-front of house solution

Produk Hadapan Kedai

Manfaat

Fokus Berikan Khidmat Pelanggan Terbaik

Bebaskan staf hadapan daripada tugas berulang yang boleh diautomasi dan biarkan mereka fokus sediakan pengalaman dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Bukan sahaja ia mengagumkan pelanggan, ia juga meningkatkan kemungkinan untuk berkunjung semula, tinggalkan ulasan dan menyebarkan kebaikan restoran anda.

A Focus on Great Customer Experiences

Komunikasi Jelas untuk Mengurangkan Kesilapan

Tidak kira anda jalankan restoran biasa, makanan segera atau pesan dan ambil, sistem yang dikuasakan teknologi awan membantu jaga komunikasi antara staf dan pelanggan menjadi jelas agar kesilapan berkurangan dan perkhidmatan semakin pantas.

Clear Communication to Reduce Errors

Kurangkan Staf, Tingkatkan Produktiviti dengan Teknologi

Memang susah nak kekalkan staf berkualiti untuk jangka masa yang panjang. Dengan sistem yang tidak lapuk zaman membantu kurangkan jumlah staf, masa untuk latih staf tetapi masih menawarkan pengalaman makan yang terbaik yang membantu anda mengatasi pesaing.

do more, hire less

Kurangkan Waktu Menunggu

Solusi berintegrasi lengkap mempermudahkan operasi sambil mengurangkan waktu menunggu. Ia memastikan pelanggan anda boleh duduk, dilayan atau mengambil pesanan mereka secepat mungkin!

Eats365 all-in-one system

Solusi Lengkap Hadapan Kedai

Pos sebagai Hab Pusat Anda

POS
Modul POS Utama

POS Eats365 anda bukan sahaja boleh disambung ke Modul Tambahan Eats365 lain, ia juga mengumpul data penting operasi restoran ke satu lokasi yang mudah. Sama ada status giliran, status meja atau status pesanan, gunakan data pada POS Eats365 anda untuk bantu staf Hadapan Kedai anda tawarkan pengalaman pelanggan yang paling terbaik.

POS Central Hub

Interaksi Staf-Pelanggan Berkesan

mPOS
Modul Tambahan

Daripada menulis dan mengingat pesanan pelanggan, staf anda boleh masukkan pesanan pelanggan terus ke mPOS. Jadi mereka boleh fokus membuatkan pelanggan lebih selesa dan meningkatkan pesanan makanan!

Paparan Menghadap Pelanggan
Modul Tambahan

Bila pelanggan membayar, tawarkan butiran pesanan dengan maklumat ahli untuk layanan diperibadikan. Ia mengurangkan kesilapan dan membina kepercayaan.

Giliran Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Kami tawarkan integrasi lancar dengan syarikat pengurusan giliran pihak ketiga untuk jadikan sistem giliran anda lebih luar biasa!

Reservation
Reservation
Tempahan Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Kalau anda mahukan fungsi sistem tempahan yang unik, integrasi dengan pakar tempahan pihak ketiga adalah jalannya!

Powerful Staff-Customer Interactions

Jadikan Menu Alatan Menjual

PhotoMenu
Modul Tambahan

Tarik minat pelanggan membuat lebih banyak pesanan dengan penjelasan menarik, gambar menyelerakan dan maklumat diet berguna ke dalam satu peranti mudah. Menggabungkan penjelasan, gambar dan cerita adalah alatan menjual berkesan berbanding menu tradisional.

App
App
Imbas-Untuk-Pesan (BYOD)
Modul Tambahan

Biar pelanggan anda gunakan telefon mereka untuk imbas kod QR dengan mudah dan akses menu lengkap anda. Kongsikan promosi, diskaun, maklumat diet dan banyak lagi supaya pelanggan anda cenderung untuk pesan lebih banyak makanan.

Menu Digital Dinamik
Modul Tambahan

Tidak kira di mana pelanggan ada di dalam restoran (atau luar), cara menarik untuk memaparkan menu ini membangkitkan selera, menggalakkan pembelian dan membantu pelanggan lihat item sebenar dan kombinasi yang mereka inginkan.

Pesanan Layan Diri Pihak Ketiga
Integrasi Pihak Ketiga

Pelanggan anda boleh memesan sendiri untuk kurangkan kesilapan komunikasi dan tingkatkan kelajuan pesanan dengan integrasi pihak ketiga yang lancar.

Turn Your Menus into Sales Tools

Komunikasi Restoran-Pelanggan yang Jelas Mengurangkan Kesilapan

Paparan Giliran
Modul Tambahan

Gunakan petunjuk visual yang jelas untuk maklumkan pelanggan secara tepat bila meja mereka sudah sedia, dan ulang video dan gambar untuk promosikan tawaran dan item baru. Sekarang anda boleh elak kekeliruan nombor meja yang telah dipanggil sambil menarik minat pelanggan semasa mereka menunggu.

Paparan Pengambilan
Modul Tambahan

Beritahu pelanggan dan penghantar makanan bila pesanan mereka sudah sedia diambil dengan bantuan visual yang jelas. Anda juga boleh tetapkan visual nombor pesanan yang berbeza untuk penghantar makanan dan pelanggan untuk elakkan kekeliruan tidak disengajakan.

Pagers
Pagers
Penggera
Integrasi Pihak Ketiga

Tambah sokongan penggera pihak ketiga supaya pelanggan anda dimaklumkan bila tiba masanya untuk ambil pesanan mereka. Dengan integrasi, status pesanan akan sync untuk kecekapan maksimum.

Clear Restaurant-Customer Communication Reduces Errors
Anda Tak Perlukan Semua Modul
Pilih apa yang anda perlukan untuk solusi tersendiri
/Puzzle

Ingin Tingkatkan Kecekapan Hadapan Kedai Anda?

free trial