Setiap tiket giliran yang dicetak dari Kiosk Giliran dilengkapi Kod Qr boleh diimbas. Pelanggan boleh imbas dengan telefon mereka dan ketahui status giliran dari jauh! Apabila pelanggan tidak berkerumun di hadapan kedai, pelanggan akan kurang takut mencuba kedai anda.
Kiosk Giliran
Pelanggan beratur lancar tanpa gangguan yang menjejaskan jualan
Barisan beratur panjang adalah petanda bisnes sedang berkembang, namun ia juga boleh jadi petanda pengurusan yang tidak teratur dan menakutkan pelanggan dari mengunjungi restoran. Kiosk Giliran iPad atau Android boleh bantu urus barisan dengan mudah supaya meja tidak dibiarkan kosong bila pelanggan sedang menunggu.


Bagaimana Kiosk Giliran boleh Bantu Anda Uruskan Barisan yang Panjang
Ciri-ciri hebat pada peranti yang sesuai dengan keperluan bisnes anda
Kiosk Giliran iPad
Dengan Kiosk Giliran iPad, tidak kira kalau anda perniagaan kecil, atau restoran bertingkat-tingkat, kawal barisan tanpa memenuhkan ruang kedai. Teringin ubahsuai restoran? Tambah, buang atau naik taraf perkakas seperti tongkat atau pencetak tiket supaya Kiosk Giliran iPad sesuai dengan rupa baru restoran anda.


Beratur Cara Baru, Cara Digital

Hapuskan Masalah komunikasi Pekerja-Pelanggan
Biarkan pelanggan anda ambil tiket giliran mereka dalam beberapa saat dari Kiosk Giliran. Anda tak perlu gajikan lagi pekerja untuk tulis butiran secara manual dan jerit nama pelanggan sebab sistem kami boleh pantau semuanya untuk anda. Untuk lebih jelas, gunakan Paparan Giliran untuk tunjukkan nombor yang sedang dipanggil supaya pelanggan peka.

Tetapkan Tiket Giliran Berdasarkan Jumlah Pelanggan
Setiap restoran memiliki aturan meja yang berbeza. Anda yang tentukan jumlah pelanggan berdasarkan saiz meja. Tawarkan meja untuk 2, 4 pelanggan atau lebih? Pelanggan anda akan diberi tiket giliran berbeza mengikut meja yang sesuai dengan kumpulan mereka supaya staf anda automatik tahu untuk pilih meja untuk mereka.

Tiada lagi kekeliruan Tiket ke Meja
Memilih meja yang sesuai untuk pelanggan memang memeningkan staf anda. Biarkan mereka lihat status setiap meja dengan Eats365 POS dan panggil nombor dengan giliran yang betul. Dengan gambaran penuh, bukan sahaja kadar pusing ganti meja lebih laju, pelanggan akan tiba ke meja yang siap dibersihkan yang juga sesuai untuk saiz kumpulan mereka.
Ciri Kiosk Giliran
Pengambilan Tiket Giliran Layan Diri

Pantau Status Giliran dengan Kod QR

Terhubung dengan Modul Eats365 Lain

Antaramuka Jelas untuk Kurangkan Kesilapan

Pengambilan Tiket Giliran Layan Diri
Pantau Status Giliran dengan Kod QR
Terhubung dengan Modul Eats365 Lain
Antaramuka Jelas untuk Kurangkan Kesilapan
Kiosk Giliran sesuai untuk semua jenis Restoran di bawah
Sebahagian dari Solusi
Ketahui Lebih Lanjut Bagaimana Kiosk Giliran Boleh Bantu Perniagaan Anda

5 Awesome Benefits of Restaurant Queue Management

What is Eats365’s Queue Ticket Kiosk and How Can It Benefit Your Restaurant Business?
