Memang mudah untuk senaraikan bisnes anda ke Eats365 Marketplace, dan kini lagi mudah pelanggan mencari serta berinteraksi dengan restoran anda! Bina pengikut baru dengan membantu pengguna Eats365 Marketplace mencari dan pesan makanan dari bisnes anda mengikut lokasi, jenis masakan, promosi dan macam-macam lagi!
Eats365 Marketplace
Luaskan jangkauan secara digital untuk jana ekstra jualan!
Eats365 Marketplace adalah sebuah platform pesan makanan terbaru untuk pemilik restoran jana keuntungan di era pesan makanan secara dalam talian hari ini. Kelebihannya adalah kami menarik minat pelanggan dan anda pula fokus menjual! Tiada masa sebaik sekarang untuk menawarkan cara baru untuk pelanggan menemui anda dengan peranti mereka sahaja.
Bagaimana Eats365 Marketplace Bantu Anda Terima Pesanan Dalam Talian?
Pelanggan Baru Sudah Bersedia untuk Pesan Makanan
Platform Pesan Makanan Tanpa Yuran Tak Diingini
Kenapa bayar yuran komisen pesanan dalam talian yang terlampau mahal? Sebaliknya naik taraf restoran anda dan pilih rakan penghantaran* dan pembayaran yang memiliki platform pesanan dalam talian untuk restoran supaya bajet anda tidak lari dan hanya bayar servis yang bisnes anda perlukan.
Restoran Dibayar Dalam Beberapa Hari, Bukan Minggu.
Jangan terlepas bayaran penting atau korek tabung simpanan untuk bayar perbelanjaan asas. Eats365 Marketplace dibina dengan mengambil kira restoran supaya anda tidak perlu tunggu berminggu untuk terima hasil kerja keras anda. Bagi kami, anda patut dibayar secepat 1-2 hari!
Kenali Pelanggan Anda
Kami percaya anda patut kenali setiap pelanggan yang jatuh cinta dengan restoran anda. Daripada memproses pelanggan melalui Eats365 Markeplace dan menyorok mereka dari anda, setiap pelanggan yang pesanan akan jadi ahli anda. Jadi anda boleh lebih fahami siapakah pelanggan anda dan bina peminat setia restoran anda dengan menyesuaikan pemasaran dan menu khas untuk mereka.