Pada hari ini, sebuah menu baik akan berfungsi sebagai titik interaktif yang menonjolkan faktor wow hidangan anda. Bila pelanggan berinteraksi terus di menu iPad anda, mereka boleh pilih hidangan yang mereka mahu sama ada ia vegan, bebas gluten, dll, tanpa perlu tunggu pelayan berlari ke dapur dan balik untuk jawapan. Dengan pemantauan masa nyata, menu tablet akan sorokkan hidangan yang habis dijual supaya pelanggan tidak pesan hidangan yang tidak lagi tersedia.
Foto Menu
Bila Disaji Di Depan Mata, Pelanggan Selalu Pesan Ekstra
Apa cara terbaik menunjukkan kelazatan makanan anda bila pelanggan tidak boleh bau dan rasa sebelum memesan? Foto Menu adalah solusi untuk memperlihatkan kelazatan hidangan, dengan gambar-gambar menggoda dan pastikan pelanggan boleh pesan apa sahaja dari menu anda dari Foto Menu.
Bagaimana Foto Menu Eats365 Boleh Bantu Jana Jualan Ekstra
E-Menu Interaktif Terperinci Menggembirakan Pelanggan
Pengalaman Pesanan Digital Fleksibel
Biarkan pelanggan yang buat semuanya, pilih dan pesan makanan terus dari Foto Menu. Selepas membuat pesanan, mereka masih boleh tambah atau ubahsuai pesanan jika mereka berubah fikiran. Dengan pengalaman pesanan digital yang fleksibel, anda tak perlukan staf untuk mengubah apa-apa pesanan.
Menu Digital Dengan Visual Yang Membangkitkan Selera
Tiada cara lain yang membuatkan pelanggan ingin pesan dengan lebih banyak selain dari gambar menggoda untuk membangkitkan selera. Ruang di menu tradisional memang terhad, tapi anda boleh muat naik pelbagai gambar makanan dan minuman anda di Foto Menu supaya pelanggan anda cenderung untuk berbelanja lebih.
Tiada Had Membina E Menu Sempurna
Setiap kali anda kemaskini menu secara digital, ia akan sync di seluruh modul Eats365 yang relevan untuk anda lihat rupanya tanpa mencetak dan kos kertas. Ia memberi anda peluang mencuba beribu kombinasi teks dan gambar sehinggalah anda 100% puas hati dengan rupa menu anda di iPad. Anda juga boleh uji pelbagai varian menu dan pantau data untuk lihat menu mana yang menghasilkan jualan tertinggi.
Letakkan Menu iPad di Mana-mana, untuk Apa Jua.
Bisnes anda perlukan menu yang fleksibel dan pintar. Dikuasa dengan tablet mudah, anda boleh tetapkan setiap Foto Menu ke meja spesifik, gunakan mode bebas untuk diberikan bila perlu, diletak di luar restoran supaya pelanggan boleh lihat promosi dan menu tanpa perlu masuk ke restoran.