Berikan Chef anda kebebasan menetap dan berinteraksi dengan Sistem Paparan Dapur yang sesuai untuk mereka. Mereka boleh tukar mode paparan berlainan seperti waktu menunggu (item terlama berada di senarai teratas), kategori (item sama dikumpul di bawah kategori sama), meja (gabung semua item bagi setiap meja), atau urutan kronologi (item ditunjuk secara kronologi) dengan pantas. Anda juga boleh tetapkan kod warna untuk ketahui tempoh masa sejak pesanan diterima.
Sistem Paparan
Dapur
Jangan Kelam Kabut, Biarkan Chef Fokus Masakan dengan Teratur
Bila staf dapur boleh tumpukan 100% perhatian untuk memasak, anda akan perasan peningkatan kualiti dan kelajuan kerja yang ketara. Bila diberi pilihan menggantikan pesanan kertas dengan paparan dapur yang interaktif, Chef anda boleh fokus mengawal dapur, mempercepatkan penyediaan makanan dan tawar hidangan berkualiti tinggi supaya pelanggan tak sabar untuk datang lagi.
Bagaimana Sistem Paparan Dapur boleh Bantu Anda?
Tiada lagi Kelam Kabut dengan Paparan interaktif
Kurangkan Kelewatan dengan Komunikasi Secara Langsung
Dengan beberapa tap di skrin, pesanan boleh dihantar terus dari hadapan kedai menerusi sistem pesanan seperti Eats365 POS, mPOS, PhotoMenu, Scan to Order dan Kiosk Layan Diri terus ke Sistem Paparan Dapur secara langsung. Tiada tulisan susah dibaca, tiada nota pesanan yang hilang, hanya komunikasi laju yang jelas, tepat dan kelewatan dari pencetak bermasalah, kekurangan kertas dan lain-lain.
Mempercepatkan Operasi Dapur Anda
Staf anda berkemahiran, kenapa halang potensi mereka dengan proses kerja yang tidak mengutamakan kelajuan? Apabila sistem pengurusan dapur anda teratur dan lancar, anda boleh lihat peningkatan kelajuan makanan dihidang.
Meningkatkan Prestasi dengan Data yang boleh diukur
Sistem Paparan Dapur kami membantu anda pantau berapa lama yang diperlukan untuk siapkan pesanan. Aplikasi ini akan rekod bila pesanan dihantar ke dapur dan berapa lama ia disiapkan, jadi anda boleh pantau masa antara dua proses ini. Analisa data ini untuk pantau kecekapan pekerja atau mengasingkan item yang perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Bina Imej Syarikat yang Lestari
Jika anda serius melestarikan bisnes, anda boleh tarik pelanggan yang menghargai kelestarian alamt sekitar. Sistem Paparan dapur bukan sahaja menghapuskan nota pesanan, mengemaskan proses dengan mengurus semua pesanan yang diterima, malah membezakan pesaing dan syarikat anda yang lebih lestari.