Dapur Awan

Ruangan kecil juga boleh jana keuntungan besar! Dengan solusi kompak yang membantu anda maksimumkan kecekapan chef, tingkatkan produktiviti operasi dan mengembang jangkauan kehadiran jenama dalam talian anda, anda pasti menjadi destinasi digital pilihan untuk makanan lazat pada kos minimum!

cloud kitchen
cloud kitchen

Semua Pesanan Diurus dalam Satu Peranti Kompak

Selepas anda memulakan kehadiran dalam talian, anda perlu pantau semua pesanan yang masuk dari serata web! Kenapa berbelanja banyak dan menggunakan ruang luas untuk menampung pelbagai perkakas? Mengurus pesanan dalam talian dari pelbagai sumber memakan masa, wang, dan ruang, yang tidak masuk akal bila anda boleh nikmati fungsi yang sama dari satu peranti.

All Your Online Orders Managed on One Device

Automatisasi untuk Kendalikan Pelbagai Jenama pada Kos yang Rendah

Kendalikan pelbagai jenama di bawah satu akaun dan automatasikan tugas-tugas berulang dan rendah kemahiran untuk bebaskan staf anda. Dengan fleksibiliti menukar tetapan baru, tukar menu, dan mengakses data bisnes untuk semua jenama anda pada tahap makro, atau jenama individu secara mikro, anda menyelarikan operasi anda untuk uruskan bisnes dengan jumlah staf yang rendah. Dengan cara ini, anda boleh latih beberapa chef dengan mahir menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan menarik untuk kesemua jenama anda dalam ruang dapur yang kompak!

CLOUND

Integrasi Dengan Rakan Penghantaran Terbaik

Penghantaran adalah elemen penting menentukan jumlah keuntungan bisnes dapur awan anda. Daripada terpaksa bekerja dengan rakan penghantaran yang tidak sesuai, atau membelanjakan duit untuk peranti pengurusan penghantaran pihak ketiga yang berasingan, anda boleh integrasi teknologi Eats365 anda secara langsung dengan rakan penghantaran pihak ketiga yang menawarkan tawaran dan perkhidmatan terbaik, supaya anda tidak membazirkan keuntungan dari penat lelah anda.

bicycle-delivering-food

Pengambilan Pesanan yang Pantas dan Teratur

Jika anda ada sekumpulan pelanggan yang sedang kelaparan dan penghantar makanan yang tidak sabar mengambil pesanan, staf anda mungkin panik dan menghantar pesanan yang salah kepada orang yang salah. Sebaliknya, pastikan pengambilan pesanan teratur, jelas, dan efisien, supaya semua pihak berpuas hati, dilayan segera, dan mengambil pesanan yang betul.

quick

Uruskan Dapur dan Inventori Anda

Jika dapur awan anda ditenggelami tiket pesanan yang bersepah dan chef pula tidak tahu jumlah stok bahan di dapur, pelanggan anda pasti akan menunggu lebih lama atau memesan item yang kehabisan stok. Sebaliknya, biarkan staf dapur anda menjejak pesanan secara digital di Sistem Paparan Dapur yang mudah difahami, disesuaikan, dan interaktif. Pada masa yang sama, item-item akan dipantau secara automatik supaya anda tahu bila anda harus tambah stok.

Manage Your Kitchen and Inventory

Kuasai Ruang Dalam Talian

Bila fokus utama bisnes anda adalah menarik pelanggan dalam talian, anda perlu meluaskan jangkauan dengan menyediakan sebanyak mungkin titik sentuhan dalam talian. Nasib baik, dapur awan anda boleh melaksanakan Kedai Dalam Talian Berjenama yang membolehkan anda membina laman web dengan cepat dan disesuaikan dengan warna, tema, font, imej jenama anda, dan lain-lain. Anda juga boleh senaraikan bisnes anda di Eats365 Marketplace, di mana kami bantu menarik banyak pelanggan dalam talian baru terus kepada anda. Hanya kerana anda mungkin tidak mempunyai kedai fizikal, tidak bermakna anda tidak boleh membina kehadiran yang semua orang sukai!

Eats365-branded online store

Produk Sesuai untuk Kedai Makanan Runcit

Bagaimana Dapur Awan seperti Anda Memanfaatkan Eats365

freshman
freshman

"With Eats365 Biz, our cloud kitchen operations could be maximized, and ensuring our own remote online ordering platform brand identity and performance while integrating with 3rd party delivery platforms. Adding Self-serve kiosks at our storefronts, all customer touchpoints would be able to be catered."

- Freshlane, Hong Kong
Speak to a Specialist

Bercakap dengan Pakar Dapur Awan