Medan Selera

Medan Selera anda perlukan solusi unik yang direka khas untuk penuhi keperluan penjual dan pengurusan. Beberapa solusi teknologi boleh penuhi keperluan tersebut, tetapi solusi kami direka khas untuk medan selera anda! Cepatkan servis, pastikan semua teratur dan mudah untuk pengunjung dengan solusi khas untuk setiap penjual yang disatukan di bawah satu akaun restoran.

FOOD COURT
FOOD COURT

Satu Akaun Restoran, Pelbagai Muka Restoran

Satu cabaran menarik mengendalikan sebuah medan selera: cara beri kebenaran kepada penjual menguruskan beberapa kedai berasingan, tetapi masih diuruskan di bawah satu akaun? Dengan Eats365, lengkapi semua penjual restoran anda dengan solusi restoran individu yang disesuaikan untuk keperluan mereka dan sediakan mereka dengan laporan bisnes individu. Pada masa yang sama, kedai mereka sebenarnya disatukan di bawah satu restoran tunggal, bermakna pemilik medan selera dan pengurusan boleh akses laporan gambaran keseluruhan yang terperinci semua penjual dan prestasi mereka.

One Restaurant Account, Multiple Restaurants Storefronts

Pelbagai Penjual Dibawah Satu Bil

Bagaimana jika pelanggan anda ingin mencuba pelbagai menu dari restoran berbeza? Biarkan sahaja dan gabungkan semuanya dalam satu bil! Dengan menetapkan beberapa penjual di bawah satu akaun restoran medan selera anda, pelanggan anda boleh pesan makanan di semua restoran anda dan semuanya akan dijumlahkan dalam satu bil yang sama! Setiap penjual hanya akan melihat pesanan yang berkait dengan mereka, jadi privasi dikekalkan di kalangan penyewa restoran anda.

Eats365 Food-court mode including multiple vendors

Kekal Fleksibel Seiring Pertumbuhan Anda

Bergantung kepada penjual medan selera anda yang ingin majukan bisnes individu seiring pertumbuhan mereka, mereka boleh memilih dari pelbagai kaedah pengambilan pesanan yang sesuai dengan model bisnes dan pelanggan mereka. Berkat solusi modular kami yang memudahkan pengembangan di masa depan, penjual makanan anda boleh naik taraf ke Menu Digital Dinamik, Kiosk Layan Diri, pesanan peranti menggunakan kod QR, pesanan secara bersemuka, pesanan dalam talian, atau pengambilan / penghantaran, dan data mereka kekal sync!

Remain Versatile as You Grow

Mendigitalkan Titik Data Terperinci

Apabila mengendali sebuah medan selera, data memainkan peranan penting di semua peringkat. Dengan menambah titik sentuhan layanan diri dan dalam talian, solusi digital anda akan jejak data bisnes berguna secara automatik yang boleh bantu anda menjalankan perniagaan anda dengan lebih efisien.

1

Hargai Kesetiaan dengan Ganjaran dan Galakkan Pembelian Berulang

Menggabungkan sistem kesetiaan untuk seluruh medan selera anda, atau mengikut penjual individu adalah cara terbaik untuk pastikan pelanggan rasa dialu-alukan apabila mereka melawat dan akan bermotivasi untuk kembali lagi! Anda juga boleh membuat sistem kesetiaan berperingkat untuk tawarkan ganjaran hebat kepada pelanggan dan menjadikan medan selera anda sebagai destinasi makanan pilihan!

Reward Loyalty and Encourage Repeat Business

Pelanggan Sentiasa Menerima Pesanan Yang Tepat

Jika pelanggan anda secara tidak sengaja mengambil pesanan salah, bukan sahaja pesanan akan dibazirkan apabila mereka membawanya kembali, tetapi pesanan pelanggan lain juga perlu dimasak lagi. Jimatkan masa dan wang penjual medan selera dengan membantu mereka paparkan penanda jelas dan penggera mudah supaya pelanggan sentiasa mendapat pesanan yang betul, tepat pada masanya.

The Right Customer Always Gets the Right Order

Menu yang Membangkitkan Selera Pelanggan

Penjual medan selera anda semua menjual makanan yang lazat, tetapi jika pelanggan tidak tahu kelazatannya, semua usaha ini sia-sia. Berikan impak visual yang kuat kepada pelanggan dan orang yang lalu dengan gambar menggoda yang membina imej jenama medan selera anda. Anda juga akan boleh menjamin bahawa item-menu yang dipaparkan adalah berwarna-warni, dinamik, informatif dan memaparkan semua promosi, kombinasi dan item baru yang menarik.

Menus that Make Your Customers Hungry

Automasikan Aliran Kerja Anda untuk Menangani Kekurangan Staf

Setiap restoran dalam medan selera anda boleh menetapkan aliran kerja khas mereka sendiri dengan jumlah staf minimum yang fokus melakukan tugas-tugas penting. Bermula dari masa pesanan dibuat, sehingga menghantar pesanan ke dapur, berkongsi status pesanan dengan pemproses anda dan kemudian menelefon pelanggan untuk pengambilan, aliran kerja anda benar-benar lancar dan dioptimumkan secara automatik supaya staf anda boleh fokus menyediakan makanan dengan lebih cepat dan membuat lebih sedikit kesilapan.

Automate Your Workflow to Combat Staff Shortages

Luaskan Jangkauan Anda Melebihi Jualan Fizikal Sahaja

Walaupun jualan fizikal adalah kemestian untuk bisnes apa jua medan selera, jualan dalam talian juga boleh menjana pendapatan tinggi. Mudahkan jenama anda dijumpai dalam talian supaya anda boleh bina kumpulan pelanggan yang sepenuhnya baru dan sediakan keselesaan ekstra kepada mereka yang ingin membuat pesanan dari jauh untuk penghantaran atau pengambilan.

Expand Your Reach Beyond Just Physical Sales

Ruangan Minimal, Impak Maksimum

Penjual medan selera sering perlu maksimumkan ruang kerja mereka. Tanpa perkakas yang besar atau keperluan yang rumit yang lazim dengan sistem POS lama, penjual anda boleh menerima manfaat daripada perkakas bersaiz kecil, seperti iPad, untuk menjalankan seluruh bisnes mereka walaupun di ruang yang paling sempit.

Minimal Space Maximum Impact

Produk Sesuai untuk Kedai Makanan Runcit

Bagaimana Medan Selera Seperti Anda Memanfaatkan Eats365

horse
horse

"We want to have full access to our operator's performance while making sure customers could order everything they want from all our vendors, in one purchase. This helps maximize profits and ensure the fairness of our operators. Eats365, by allowing a single order to take orders from multiple vendors - without having vendors know others' business performances, helps us achieve this aim without creating extra difficulties for our food court vendor management teams."

- Trojan Food Club, Hong Kong
Speak to a Specialist

Bercakap dengan Pakar Medan Selera