Kenapa kusutkan kepala dengan bermacam-macam sistem untuk urus restoran anda? Kawal segalanya dengan solusi POS yang memudahkan setiap aspek pengurusan dalam talian, luar talian dan pihak ketiga restoran anda!
POS Eats365
Tetapan Cepat, Mudah Diguna dan Dikuasakan Teknologi Awan, Selamat Datang ke Era Baru Pengurusan Restoran!
Apakah cara anda menonjolkan bisnes berbanding pesaing sambil mempermudahkan pengurusan restoran? Pilihlah POS yang boleh lakukan semuanya dalam satu sistem. Tidak kira komunikasi antara jabatan, meningkatkan kadar pusing ganti meja (table turnover) atau menawarkan khidmat pelanggan terbaik, sistem POS kami menyediakan teknologi restoran masa depan dalam tangan anda hari ini untuk menarik pelanggan, meringankan proses kerja sambil mengembangkan jenama anda!


Bagaimana POS Eats365 Membantu Restoran Anda?

Satu Sistem POS Serba Boleh

Eats365 membantu staf anda menonjol
Anda cuma membazirkan duit dan potensi staf kalau mereka masih membuat kerja remeh berulang yang tak perlukan kemahiran tinggi. Biar POS automasikan tugasan asas remeh supaya staf anda boleh asas kemahiran yang memberikan manfaat kepada restoran serta meningkatkan mutu khidmat pelanggan.

Sedia Menyokong Perkembangan Anda
Solusi kami berkembang seiring bisnes anda. Tak kira kalau anda ingin kembangkan servis restoran dengan Modul Tambahan baru atau membuka bisnes baru di dalam atau luar negara, sistem kami melancarkan transisi dan juga mudah diuruskan.
Kelebihan POS Eats365
Fleksibel
Satu Sistem
Dengan POS Eats365 sebagai pusat anda, bina solusi yang menghubungkan semua aspek restoran anda
Tetapan Pencetak Komprehensif
Hubungkan seberapa banyak pencetak yang anda suka dengan POS Eats365, tetapkan pencetak dengan stesen dapur tertentu dan ubahsuai resit mengikut citarasa termasuk pilihan dwibahasa untuk sempurnakan operasi anda
Sentiasa Terhubung
Mode Luar Talian membantu anda terus menerima pesanan melalui Eats365 dan modul pesanan tambahan lain bila internet terputus. Teruskan operasi seperti biasa dan semua data akan dimuat naik setelah sambungan pulih.
Tetapan untuk Setiap Restoran
Dengan lebih dari 300 tetapan yang boleh dikonfigurasi, sistem POS kami membantu anda sesuaikan tetapan untuk penuhi keperluan unik restoran anda. Bina Solusi Tersendiri Anda Hari Ini dan Berkembang Lebih Pantas berbanding Pesaing

Pengurusan Menu Mendalam
Penyesuaian Menu Bermakna
Tetapkan struktur menu sempurna dengan mengubah kategori, jenis produk, kombinasi, dan pembolehubah, dan tetapkan masa ia tersedia supaya setiap pesanan seperti yang diingini pelanggan anda
Kunci Menu POS yang Boleh Disesuaikan
Tetapkan saiz font kunci menu, pilih pelbagai kombinasi warna, dan muat naik gambar untuk pastikan POS Eats365 membantu anda sebaik-baiknya
Selaraskan Menu dalam beberapa Minit
Tambah menu, tukar harga, buang menu, dan kemaskini menu anda di semua POS Eats365, modul tambahan Eats365 tidak kira lokasi pada masa yang sama tanpa mebuang masa mengemaskini semuanya satu persatu.
Pantau Item di POS Anda
Sistem POS kami membantu mengira item menu supaya anda sentiasa tahu jumlah stok semasa dan anda boleh tandakan menu yang sudah habis dijual.
POS dengan Slot Masa Menu Terbina
Anda boleh tetapkan slot masa menu pilihan anda, supaya ia hanya muncul pada POS Eats365 dan modul tambahan Eats365 pada waktu yang anda tentukan.

POS untuk Pengurusan Staf
Pengurusan Pengguna dan Kumpulan Keselamatan
Tetapkan akses berbeza untuk setiap staf menggunakan POS berdasarkan pangkati. Struktur 3-peringkat kami (kedai - jenama - organisasi) membantu mengurusan perkembangan bisnes makanan dengan lebih mudah. Anda boleh tetapkan akaun berbeza untuk setiap staf yang memerlukan nombor PIN peribadi atau kad RFID untuk akses POS yang selamat.
Rekod Masuk dan Habis Kerja dengan POS Eats365
Pantau waktu staf masuk dan habis kerja secara mudah dengan identifikasi foto. Dengan cara ini, anda boleh awasi waktu bekerja staf, pendapatan pada setiap syif, dan prestasi keseluruhan staf.
Laporan Prestasi Staf
Akses prestasi staf anda secara terperinci dan komprehensif setiap hari. Gunakan ciri ini untuk kenalpasti staf terbaik dan kekurangan yang boleh diperbaiki.

Analitik Belakang Tabir
Paparan Kawalan BI
Nikmati akses kepada laporan risikan bisnes di mana angka bisnes anda dipaparkan dalam bentuk graf, carta, dan format yang mudah dianalisis lain.
Paparan Pelbagai Restoran
Jika anda mengurus rangkaian restoran atau beberapa perniagaan dalam sistem Eats365, anda boleh pantau semua data di satu tempat - digabungkan atau diasingkan, dari mana-mana peranti pintar anda.
Analisis Item
Dengan data jualan sistem POS Eats365, anda boleh pantau item terlaris dan jumlah pendapatan yang dihasilkan dari semasa ke semasa.
Analisis Pelanggan
Fahami pelanggan anda secara komprehensif dan tabiat pesanan mereka seperti perbelanjaan, bilangan kunjungan, dan menu yang dipesan dari POS Eats365.
Laporan Syif dan Pengguna
Pantau berapa lama staf anda bekerja dan berapa pendapatan yang mereka jana. Anda juga boleh lihat laporan pada tarikh tertentu supaya anda boleh kenal pasti staf terbaik anda.
Laporan Diskaun
Dapatkan akses kepada angka-angka seperti laporan jualan, item terlaris, dan laporan diskaun yang membantu anda kenalpasti promosi yang berkesan.
Laporan Mudah Diakses
Nikmati akses kepada semua laporan dan data jualan anda secara langsung bila-bila masa, di mana sahaja, dari telefon bimbit anda.

Fleksibel
Pengurusan Menu Mendalam
POS untuk Pengurusan Staf
Analitik Belakang Tabir
POS Eats365 sesuai untuk semua jenis Restoran di bawah
Ketahui Lebih Lanjut Bagaimana POS Eats365 Boleh Bantu Perniagaan Anda

New Feature: Reconciliation Reports + Tender by Order Directly on Your POS

5 Ways to Increase Sales with Your Point of Sale (POS)! 2022 Guide!

5 Point of Sale (POS) Marketing Strategies
Dah Bersedia Menaikkan Pengurusan Perniagaan, Perkhidmatan Pelanggan, dan Produktiviti Staf Anda?
