Kenapa Anda Patut Pilih Eats365?
Solusi Fleksibel & Boleh Diubahsuai
Bebas pilih Modul Tambahan yang diperlukan; integrasi semua operasi restoran dalam satu sistem seperti pesanan mudah alih atau sistem pengurusan dapur, dan solusi integrasi pihak ketiga komprehensif, seperti sistem tempahan atau pengurusan ahli. Naik taraf modul POS Eats365 mengikut bajet anda pada bila-bila masa, dapatkan solusi POS yang disesuaikan dengan keperluan restoran anda.
Ekosistem 3-Peringkat
Nikmati fleksibiliti dan kecekapan maksimum ekosistem 3-peringkat Eats365. Manfaatkan Sistem POS Utama dengan lebih 100 fungsi, modul tambahan yang boleh disesuaikan, dan integrasi lancar dengan teknologi lain. Anda kawal sepenuhnya setiap aspek operasi restoran.
Sesuai Untuk Semua Saiz
Tidak kira jika anda pemilik restoran kecil, beberapa rangkaian restoran kecil/sederhana atau sebuah perusahaan, memang mudah melaksanakan solusi restoran Eats365 berdasarkan keperluan anda. Sistem kami menyokong struktur restoran yang pelbagai - pemilik atau pengurusan boleh pantau data operasi kedai individu (seperti jualan, purata pesanan, trafik harian, inventori dan pelbagai laporan lain). Anda boleh pilih untuk tetapkan tahap akses laporan latar belakang untuk pekerja berbeza, untuk urusan komprehensif ke atas beberapa jenama di pelbagai lokasi demi memajukan restoran anda!
Kemaskini dan Pengoptimuman Berterusan
Eats365 sentiasa mengkaji trend pasaran untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) produk serta fungsi baru. Untuk bantu restoran maju mengikut peredaran teknologi, Pasukan Penyelidikan & Pembangunan tanpa henti melancarkan produk baru yang menepati trend industri, sambil aktif mendengar maklum balas pengguna. Semua produk dan fungsi baru hanya dilancarkan selepas Penyelidikan dan Pembangunan dan ujian ketat. Kemaskini dan pengoptimuman pantas, tanpa mengabaikan kualiti.
Sokongan Teknikal 365 Hari
Pasukan Khidmat Selepas Jualan yang bertanggungjawab; khidmat pelanggan atas talian dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina dan latihan sistem di restoran anda. TIADA KOS TERSEMBUNYI. Pasukan Eats365 bertanggung jawab selesaikan apa sahaja isu operasi semua pelanggan kami!
Dibina Teliti & Stabil
Sejak penubuhan pada tahun 2014, "kestabilan sistem" adalah teras Eats365. Dengan pengalaman yang hampir sedekad, kini kami dipercayai lebih 6000 pemilik restoran di seluruh dunia. Anda tidak perlu risau masalah sistem lambat atau tergendala ketika pelanggan ramai. Ada masalah internet? Sistem kami ada sokongan mod luar talian untuk pastikan operasi pesanan asas yang lancar. Setelah internet pulih semula, sistem akan diselaras dengan awan secara automatik melalui dan muat naik data.
Eats365 Cloud POS | Sesuai untuk semua jenis Restoran
POS Berasaskan Awan Eats365 | Ekosistem 3-Peringkat
Modul POS Utama
Sistem semua-dalam-satu kami menjanjikan 99.99% kestabilan dan menawarkan lebih 100+ fungsi terperinci dan tetapan menu, untuk segala keperluan operasi harian anda.
Modul Tambahan
Naik taraf sistem dari Modul POS Utama kami, Eats365 menawarkan Modul Tambahan selain sistem pesanan dan bayaran biasa. Setiap pesanan boleh disambung secara automatik ke semua Modul tambahan, termasuk kod QR pesan sendiri, pesanan sendiri, pengurusan dapur, sistem nombor giliran, pesanan dari stor atas talian. Eats365 adalah kunci operasi yang cekap.
Integrasi Pihak Ketiga
Integrasi sempurna Eats365 dengan pelbagai teknologi restoran lain, kini pemilik restoran boleh akses pelbagai fungsi melalui satu sistem sahaja. Dari pengurusan tempahan ke sistem ahli, sistem perakaunan sehinggalah sistem pengurusan perusahaan (ERP), semua keperluan diintegrasi ke dalam satu sistem.
Hubungi perunding strategi kami untuk bincang dengan lebih mendalam.