Keputusan Luar Biasa yang
Hanya Memerlukan
Perkakas Biasa
Serlahkan potensi sebenar restoran anda dengan perkakas sedia ada yang anda mungkin sudah miliki!
Keputusan Luar Biasa yang
Hanya Memerlukan
Perkakas Biasa
Serlahkan potensi sebenar restoran anda dengan perkakas sedia ada yang anda mungkin sudah miliki!
Keputusan Luar Biasa yang
Hanya Memerlukan
Perkakas Biasa
Serlahkan potensi sebenar restoran anda dengan perkakas sedia ada yang anda mungkin sudah miliki!
Mula Pantas dengan Produk Asas
Perkakas Utama: Eats365 POS
Dengan hanya sebuah iPad, anda memiliki teknologi asas restoran untuk mulakan bisnes anda! Memilih Eats365 POS memberikan anda keupayaan mengurus operasi restoran anda, menambah fungsi baru dengan Modul Tambahan dan integrasi dengan pihak ketiga. Inilah cara ideal untuk bermula secara kecil-kecilan dan menikmati solusi yang berkembang seiring anda.
Terbaik untuk Jenis Restoran Berikut:
Perkakas Utama: Eats365 Biz
Jika anda ingin alami cara termudah mengurus semua pesanan dalam talian anda di satu tempat, Eats365 Biz adalah jawapannya! Dengan hanya satu atau dua perkakas, anda boleh tawan bisnes dalam talian dalam masa yang singkat!
Terbaik untuk Jenis Restoran Berikut:
Jenis Perkakas
iPads
Eats365 POS dan kebanyakan Modul Tambahan menggunakan iPad; ia mudah digunakan, diganti dan diselenggara. Anda boleh pilih pelbagai jenis saiz iPad yang sesuai dengan keperluan bisnes dan antaramuka yang boleh disesuaikan dengan saiz iPad pilihan anda. Disebabkan ramai pengguna pernah menggunakan iPad, staf anda perlukan hanya sedikit latihan untuk menggunakan mana-mana modul kami.
Telefon Pintar
Eats365 Biz dan beberapa Modul Tambahan Eats365, contohnya mPOS, menggunakan peranti Android. Dengan sokongan untuk pelbagai jenis model, anda boleh pilih telefon pintar berdasarkan bajet anda atau saiz yang diperlukan untuk mudah mulakan bisnes anda.
Pemain Media
Ia membolehkan anda untuk strim konten terus ke skrin TV pilihan anda. Untuk bisnes seperti dapur awan, restoran servis cepat atau medan selera, memiliki skrin yang besar untuk paparkan pesanan pengambilan adalah cara terbaik untuk elakkan kesilapan dan meningkatkan komunikasi. Untuk restoran servis lengkap, bufet, bar dan lain-lain, memiliki skrin untuk memaparkan nombor giliran membantu mengurangkan kekeliruan giliran. Untuk kedua-keduanya, anda boleh paparkan gambar promosi berulang kali untuk menarik minat pelanggan untuk meningkatkan jumlah pesanan atau kunjungan berulang.
Pengimbas Kod Bar
Pengimbas Kod Bar sesuai dihubungkan dengan Eats365 POS untuk mengaktifkan resit pantas dan memeriksa pesanan untuk bisnes seperti Makanan Runcit. Anda juga boleh cuba menghubungkan pencetak terkini tanpa wayar dengan POS anda untuk kemudahan tambahan supaya anda boleh imbas kod kesetiaan atau barangan dengan mudah.
Skrin
Paparkan apa sahaja dari status giliran, nombor pengambilan dan juga menu digital di pelbagai skrin yang sesuai dengan keperluan restoran anda. Apabila skrin anda boleh paparkan gambar yang lebih jelas dan mengatur pelbagai konten, anda boleh gunakan skrin sebagai ruang pengiklanan, dan juga sumber maklumat yang berguna kepada pelanggan anda.
Rangkaian
Memiliki sambungan internet semasa bekerja adalah sangat penting. Hubungkan iPad dengan sambungan ethernet dengan adapter berkualiti tinggi supaya anda sentiasa tersambung dengan internet. Walaupun Eats365 anda masih boleh digunakan dalam Mode Luar Talian, sambungan internet yang penting adalah wajib untuk bisnes seperti francais atau restoran servis lengkap yang bergantung pada program kesetiaan dan data CRM.
Penggera
Penggera membantu anda memaklumkan pelanggan bila pesanan mereka sudah siap, dan sangat berguna untuk restoran servis segera dan medan selera. Selepas membuat pesanan, serahkan penggera kepada pelanggan dari restoran. Bila penggera berbunyi, pelanggan akan tahu untuk pulangkan penggera dan ambil pesanan mereka.
Tongkat iPad
Tongkat iPad dengan satu titik pemegang membolehkan anda menggantung iPad untuk digunakan oleh staf anda dengan mudah dan berguna untuk hampir setiap jenis restoran. Kedai makanan runcit dan restoran servis cepat boleh menggunakan tongkat iPad dengan dua titik pemegang di mana POS Eats365 boleh dipasang di satu sisi untuk staf dan Paparan Menghadap Pelanggan di sisi lain untuk pelanggan memeriksa pesanan mereka. Anda juga boleh menggunakan tongkat iPad khas untuk tetapan Kiosk iPad yang sempurna dengan pencetak yang terbina.
Mesin Daftar Tunai
Keselamatan, kelajuan, dan diyakini adalah kunci kepada mesin daftar tunai yang bagus. Anda pasti inginkan perkakas ini menawarkan akses cepat kepada wang tunai yang juga selamat agar wang hasil titik peluh anda selamat sepanjang masa. Dengan fungsi 'Cash In' dan 'Cash Out', anda boleh rekod transaksi wang masuk dan keluar pada POS anda dan mesin daftar tunai anda akan terbuka dan tertutup secara automatik tanpa kunci. Ia memberikan kemudahan kepada staf anda, dan turut membantu anda memantau bila dan kenapa mesin daftar tunai anda dibuka supaya anda memiliki gambaran jelas aliran keluar masuk wang kedai anda.
Dispenser Penggera
Ia merumahkan beberapa penggera untuk diberikan kepada pelanggan selepas mereka membuat pesanan. Digabungkan dengan Kiosk Layan Diri Eats365, dispenser penggera memberikan restoran anda kemudahan ekstra tanpa perlu lebih ramai tenaga kerja.
Terminal Kad Kredit
Bagi bisnes yang pentingkan kadar pusing meja, menggunakan terminal kad kredit adalah cara yang efektif mempercepatkan bayaran terus dari mPOS anda. Jika anda mengendali restoran servis lengkap, bar, francais atau perusahaan, berikan staf anda kelebihan memproses pesanan dan bayaran serentak!